I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, July 19, 2011

kekurangan itu suatu kehebatan!

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7). 

saya mulakan entry pada kali ini dengan memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih di berikan kita semua kesempatan untuk masih menikmati segala nikmat kurniaanNya. terima kasih untuk semuanya.

kebiasaannya, bila kita di kurniakan..

nikmat
rezeki
kegembiraan

mahupun 

kelebihan

apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!
 ya, itulah yang seharusnya..

tapi...

bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur??

tepuk dada, tanya iman

saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian

tahu tak,

beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan”. (QS Al Baqarah : 177).

saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:

"after every storm there is a rainbow"

jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan..

biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.

fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

ingatlah,
tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya. 
ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. 

dan ingatlah,
setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?? 
renung renungkan..

jadi,
jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

„Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ [Al Anfaal:46]

sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.. ok??
boleh..??
senang sahajakan? :)

sekian tutup cerita

nota:bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Sunday, July 10, 2011

kau wanita yang hebat

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

berbanggalah bergelar muslimah

Rasulullah bersabda:
"'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah". 
                                                                                           (Riwayat Muslim).*

semoga penulisan saya pada kali ini mendapat keberkatan dari Allah SWT disamping menjadi peringatan kepada kalian dan juga diri saya bahawa setiap ciptaaNya mempunyai kelebihan masing masing.

wanita...???

kenapa saya cuba bercerita mengenai wanita?
kenapa dengan wanita?
hebat sangat ke wanita ni?

pertama, bukanlah niat saya ingin mengagung agungkan wanita tetapi sekadar memaklumkan kepada mereka yang bergelar wanita supaya berbangga dengan diri mereka terutama mereka yang bergelar wanita Muslimah.

kepada kaum sejenis saya (kaum lelaki),
bukanlah tujuaan saya melakukan diskriminasi dengan cuba membeza bezakan lelaki dan wanita. tetapi bertujuan mengubah stereotype golongan yang kita anggap lemah ini.
untuk entri pada kali ini saya focus kepada wanita muslimah kerana kalian harus bangga dengan title muslimah itu sendiri.


kebiasaanya anggapan kita begini:

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak lelaki.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pada isterinya.
7. talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki

melihatkan situasi di atas sudah pasti  terlintas di hati

wanita: "haishh.. kenapa aku dijadikan sebagai perempuan?"

yang lelaki pula

lelaki: "nasib baik aku tidak di ciptakan sebagai perempuan..!"

ataupun 

mungkin ada yang sudah bercita cita ingin memerdekakan wanita islam.
*baik lupakan niat tu

sebab
korang korang tak pernah cuba lihat sebaliknya (hikmahnya):
contohnya macam: 

halangan: pasal aurat
hikmahnya:
Benda yang bernilai mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti barang bernilai tidak akan dibiarkan berselerak dan terdedah bukan?
Itulah sebabnya wanita perlu menutup aurat kerana anda begitu beharga.

halangan: perlu mintak izin dari lelaki kalau mahu keluar dan harus taat kepada suami.
hikmahnya: 
Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

halangan: mendapat harta pusaka yang sedikit
hikmahnya:
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.

halangan: wanita harus mengandung dan melahirkan anak.
hikmahnya:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.

halangan: wanita kurang ibadatnya kerana haid dan nifas
hikmahnya:
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

dan macam macam lagi kelebihan yang wanita dapat walaupun ada banyak halangan.

MasyaAllah, sayang sungguh Allah kepada wanita..
jadi tiada istilah tidak adil mahupun diskriminasi di situ kerana lelaki dan wanita masing masing ada kelebihan yang telah Allah SWT berikan.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk berkongsi satu kisah. Semoga mereka yang bergelar wanita muslim sama-sama mengambil manfaat dari kisah ini:

Suatu hari, Rasulullah SAW berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu dan kakinya berdarah lalu Fatimah mengadu kesakitan. Dengan nada yang sedikit marah, Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ. Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. 

"wanita itu ibarat pohon semalu"

Rasulullah SAW menyambung kata-katanya lagi, para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek, iaitu:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Kesimpulannya, ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil.

moral of the story: untuk menjadi wanita terbaik, contohilah seperti pohon semalu dan ingatlah wanita juga ada kelebihan dan bersyukurlah dengan kejadian kita samada lelaki mahupun perempuan kerana masing masing ada peranan dan kelebihan. ok? ;)

sekian..
tutup cerita.. :)

nota: Dalam Islam, wanita bukanlah musuh atau lawan kaum lelaki. Sebaliknya wanita adalah sebahagian dari lelaki demikian pula lelaki adalah sebahagian dari wanita, dan keduanya bersifat saling melengkapi.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Friday, July 8, 2011

layakkah aku bertaubat?

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


bayangkan..

dalam suatu keadaan yang kelam masih wujudkah cahaya?

dalam kejahilan

masih adakah panduan jalan?

dan

dalam kesesatan masih wujudkah harapan?



mungkin ramai di antara kita yang pernah mengalami keadaan sebegini, kerana memang sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. ini kerana lemah memang sifat kita sebagai ciptaanNya. sebab itu kita melakukan kesilapan melalui pilihan mahupun jalan yang ditempuh. sudah terbukti tiada seorang pun manusia sehingga tiada suatu pun kekurangannya.

begitulah juga kita

ada antara kita, walaupun kenal hukum agama masih melakukan dosa

ada pula, walaupun bijak mengira dan membaca tetapi masih melakukan kesilapan

ada pula petah berbicara namun kadang kala tetap melakukan kesilapan dalam berbicara

dan ada pula cukup pakai minumnya namun tidak bersyukur dengan kurniaanNya

itulah hakikat lumrah manusia kerana manusia memang tiada yang sempurna sifatnya dan tidak lari dari melakukan dosa. menjadi lumrah hidup pada masa sekarang dek kerana dosa dan kesilapan yang dilakukan seseorang pada masa yang lampau kita terus melupakan segala kebaikan yang pernah dia lakukan. janganlah kerana dosa yang dilakukan oleh seseorang kita melabelkan seseorang sebagai jahat dan tiada peluang untuk bertaubat. janganlah kita memandang hina seseorang itu kerana dosa yang telah dilakukan itu kerana siapalah kita untuk menghukum dan menilai seseorang kerana kita juga manusia yang lemah.

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

dan ingatlah, kalau kita mahu menghitung bebanan dosa sudah pasti tidak terhitung dan hikmahnya Allah telan memberikan jalan TAUBAT sebagai cara memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri, sebab itu
Allah sentiasa membuka pintu dan jalan taubat untuk semua hambaNya. 
kawan kawan ingatlah,
walau sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan. jangan pernah rasa malu untuk berubah dan bertaubat. biarlah apa orang hendak kata, yang penting niat kita kerana Allah SWT. kerana peluang untuk kita masih ada dan terbuka luas.
persoalannya:
"layakkah aku bertaubat dan tidak terlambat ke lagi?"
jawapannya:
ya, kita masih boleh bertaubat kerana:

Allah berfirman (maksudnya):
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang melakukan dosa yang hingga apabila datang ajal kepada salah seorang di antara mereka, ia mengatakan: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (An Nisa’ : 18)
Rasulullah bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum sampai kerongkongan.” (HR. At Tirmidzi no. 3537, dari sahabat Ibnu umar )
ini ada suatu kisah di dalam hadis nabi tentang kisah taubat seorang insan yang telah melakukan dosa dengan membunuh seratus manusia: 
“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa. maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh.
lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,
ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” 
(hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)
moral of the story: bertaubatlah selagi ada peluang walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukan kerana Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

kepada kawan kawan dan diri saya juga:
  • bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat
  • bersyukurlah kerana Allah bersifat Maha Pengampun
  • dan bergembiralah kerana setiap kali kita melakukan taubat dosa kita akan terhapus (dengan izin Allah SWT, insyaAllah)
nota: sentiasalah bermuhasabah diri menginsafi kelemahan diri kita selain memanjatkan doa kepada Allah SWT memohon perlindungan. dan jangan lah kita memandang hina kepada mereka yang pernah melakukan dosa sebaliknya sokong dan bimbinglah mereka kerana meraka juga manusia seperti kita. :)
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...