I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 8, 2011

layakkah aku bertaubat?

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


bayangkan..

dalam suatu keadaan yang kelam masih wujudkah cahaya?

dalam kejahilan

masih adakah panduan jalan?

dan

dalam kesesatan masih wujudkah harapan?



mungkin ramai di antara kita yang pernah mengalami keadaan sebegini, kerana memang sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. ini kerana lemah memang sifat kita sebagai ciptaanNya. sebab itu kita melakukan kesilapan melalui pilihan mahupun jalan yang ditempuh. sudah terbukti tiada seorang pun manusia sehingga tiada suatu pun kekurangannya.

begitulah juga kita

ada antara kita, walaupun kenal hukum agama masih melakukan dosa

ada pula, walaupun bijak mengira dan membaca tetapi masih melakukan kesilapan

ada pula petah berbicara namun kadang kala tetap melakukan kesilapan dalam berbicara

dan ada pula cukup pakai minumnya namun tidak bersyukur dengan kurniaanNya

itulah hakikat lumrah manusia kerana manusia memang tiada yang sempurna sifatnya dan tidak lari dari melakukan dosa. menjadi lumrah hidup pada masa sekarang dek kerana dosa dan kesilapan yang dilakukan seseorang pada masa yang lampau kita terus melupakan segala kebaikan yang pernah dia lakukan. janganlah kerana dosa yang dilakukan oleh seseorang kita melabelkan seseorang sebagai jahat dan tiada peluang untuk bertaubat. janganlah kita memandang hina seseorang itu kerana dosa yang telah dilakukan itu kerana siapalah kita untuk menghukum dan menilai seseorang kerana kita juga manusia yang lemah.

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

dan ingatlah, kalau kita mahu menghitung bebanan dosa sudah pasti tidak terhitung dan hikmahnya Allah telan memberikan jalan TAUBAT sebagai cara memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri, sebab itu
Allah sentiasa membuka pintu dan jalan taubat untuk semua hambaNya. 
kawan kawan ingatlah,
walau sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan. jangan pernah rasa malu untuk berubah dan bertaubat. biarlah apa orang hendak kata, yang penting niat kita kerana Allah SWT. kerana peluang untuk kita masih ada dan terbuka luas.
persoalannya:
"layakkah aku bertaubat dan tidak terlambat ke lagi?"
jawapannya:
ya, kita masih boleh bertaubat kerana:

Allah berfirman (maksudnya):
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang melakukan dosa yang hingga apabila datang ajal kepada salah seorang di antara mereka, ia mengatakan: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (An Nisa’ : 18)
Rasulullah bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum sampai kerongkongan.” (HR. At Tirmidzi no. 3537, dari sahabat Ibnu umar )
ini ada suatu kisah di dalam hadis nabi tentang kisah taubat seorang insan yang telah melakukan dosa dengan membunuh seratus manusia: 
“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa. maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh.
lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,
ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” 
(hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)
moral of the story: bertaubatlah selagi ada peluang walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukan kerana Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

kepada kawan kawan dan diri saya juga:
  • bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat
  • bersyukurlah kerana Allah bersifat Maha Pengampun
  • dan bergembiralah kerana setiap kali kita melakukan taubat dosa kita akan terhapus (dengan izin Allah SWT, insyaAllah)
nota: sentiasalah bermuhasabah diri menginsafi kelemahan diri kita selain memanjatkan doa kepada Allah SWT memohon perlindungan. dan jangan lah kita memandang hina kepada mereka yang pernah melakukan dosa sebaliknya sokong dan bimbinglah mereka kerana meraka juga manusia seperti kita. :)
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

3 comments:

  1. alhmdllah .. syukran ats perkongsian yg bermakna,terasa diri sekerdil semut dilautan..moga penulis terus istiqamah dlm penulisan :)

    ReplyDelete
  2. afwan.. insya Allah, mohon tunjuk ajar sbb masih baru.. aminn..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum si pemilik blog...

    saya minta izin copy right boleh?

    isi nya cukup mantap.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...