I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, June 28, 2011

pesanan cinta teragung

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

perkongsian yang saya ingin lakukan pada kali ini bukanlah untuk menceritakan pengalaman cinta sesiapa jauh sekali cerita cinta saya.
tetapi pada entry kali ini saya ingin kongsikan satu warkah mahupun amanat dari kekasih kita semua. amanah cinta yang mungkin ada diantara kita yang sedar mengenainya dan ada pula yang mungkin belum sedar kewujudannya. pesanan dan amanah cinta teragung..  

tiada tuhan yang disembah selain Allah

"ingatlah
cintakan bunga bungakan layu
cinta manusia cintakan pergi
cintakan Rasul cinta sejati
cintakan Allah kekal abadi...." 


kalian..
sedar tak, sebenarnya ada pesanan cinta yang telah di tinggalkan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ianya menjadi bukti kecintaan Baginda Nabi Muhammad SAW kepada kita ialah melalui satu khutbah (ucapan pesanan)

pesanan dan wasiat yang penuh dengan cinta

pesanan yang cukup menyentuh hati

penuh dengan nasihat dan kasih sayang

serta
bukti kasihnya Baginda kepada umatnya.

inilah amanat cinta dari Rasullullah SAW kepada kita umatnya :

Wahai manusia, 
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, 
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, 
dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s: wasiat ini telah di sampaikan pada 9hb zulhijjah tahun 10 hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

nota: sejauh manakah amanah amanah itu telah kita lakukan dan laksanakan. kita sibuk mengejar tuntutan dunia sampai kadang kala kita lupa tentang semua ini. termasuklah diri saya sendiri yang kadangkala leka dengan godaan dunia sehingga terlupa akan tuntutan itu. marilah kita bersama menadah tangan moga Allah sentiasa menetapkan iman kita dan mengampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. tidak lupa selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. terlalu mulia pengorbananmu Ya Rasullullah.


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

2 comments:

  1. btol2.. moga kita dapat saling mengingati kerana fitrah manusia pelupa:)

    ReplyDelete
  2. it is true, thats why kita kne saling berpesan2 ke arah kebaikan dan kesabaran.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...