assalamualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
permula kata, permula bicara semoga penulisan saya pada kali ini di dalam barakahNya sekali gus menjadi peringatan kepada diri saya dan anda sekalian InsyaAllah.. aminn.
ayat yang selalu kita dengar apabila lelaki di kaitkan dengan perasaan malu:
1) "lelaki mana boleh malu malu..!"
2)"lelaki kena berani dan tidak boleh malu malu..!"
begitulah stereotype dan norma masyarakat kita sedari dulu lagi apabila lelaki di kaitkan dengan sifat malu. kebiasaannya sifat malu seringkali di kaitkan dengan wanita dan jarang sekali dengan lelaki. sifat malu bagi lelaki di katakan sebagai satu sifat yang lemah dan tidak harus ada di dalam diri seorang lelaki.
betulkah macam itu??
*salah tu..
sepatutnya sifat malu juga harus wujud di dalam golongan lelaki. kerana ianya merupakan salah satu ciri penting dalam pembentukan insan yang mapan dan soleh. tanpa sifat malu, kita pasti akan rosak. buktinya kita dapat lihat tanpa sifat malu banyak kerosakkan yang belaku.
Dalam dunia moden yang serba canggih kini, kebanyakkan manusia telah hilang sifat malu. mereka tidak malu untuk menipu,terlibat dengan perjudian dan lain-lain lagi .isteri sudah tidak malu untuk melawan cakap suami. si suami pula sudah tidak malu untuk berlaku curang dan mengkhianati rumah tangga.
*subhanAllah terlalu banyak kerosakan yang berlaku tanpa sifat malu.
mahukah kita kembali ke zaman jahiliah dimana iman diketepikan dan hawa nafsu bermaharajalela.
saya pasti ramai yang menggelengkan kepala tidak bersetuju sekiranya nafsu menjadi pemerintah kita.
percayalah jika kita membiarkan sifat malu hilang dalam diri setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita, nescaya akan porak peranda dunia.
jadi sudah terbukti bahawa sifat malu itu satu keperluan dan elemen yang penting di dalam pembentukan rohani dan jiwa (akhlak) yang mantap.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Mereka cuba menyembunyikan (keburukan) daripada manusia, tetapi mereka tidak mampu (berselindung) daripada (pengetahuan) Allah, padahal Allah sentiasa bersama mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan sesungguhnya (ilmu) Allah meliputi segalanya terhadap apa yang mereka lakukan" (Surah al-Nisa': 108).
dan
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."
berdasarkan ayat fi hadis di atas, sudah cukup jelas menggambarkan bertapa pentingnya sifat malu di dalam diri setiap muslim ataupun muslimah.
sifat malu sebenarnya bermula dari mata.
*dari mata?? betul ke?
betul, kalu tidak percaya biar saya akan jelaskan dan buktikan
mari kita ambil contoh, apabila mata kita terlihat maksiat dan kemungkaran mata akan menghantar isyarat kepada hati untuk tidak melihat kemaksiatan yang berlaku. setuju??
hal ini kerana sebaik sahaja mata melihat maksiat tersebut mata terus menjadi malu dan mengalihkan pandangan. jadi terbukti sudah malu itu bermula dari mata sebelum datang ke hati.
ada ke lelaki yang pemalu?
*ada, bukankah Rasulullah SAW itu sendiri merupakan seorang lelaki yang bersifat pemalu?
daripada Abu Said al-Khudri katanya: Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda. (Riwayat Muslim)
jadi tidak ada alasan lagi bukan. lelaki mahupun wanita harus memiliki sifat malu.
sekian, tutup cerita (^_^)
peringatan kepada pembaca dan diri saya juga:
- sifat malu itu terbahagi kepada 2 iaitu malu yang positif dan malu yang negatif
- malu yang positif ialah malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran
- manakala malu yang negatif ialah malu untuk melakukan kebaikan
sebagai manusia yang di kurniakan akal untuk berfikir dan bertindak, kita mesti bijak memilih. ingat malu yang positif sahaja, bukan yang negatif.
mudah sahaja bukan? :)
nota: sifat malu itu haruslah bertempat dan sesuai mengikut keadaan. jangan tidak bertempat pula kerana kelak akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri. yang paling penting jangan pernah merasa malu dan rendah diri sekiranya ingin menegur kesalahan seseorang kerana kita hanya manusia biasa yang perlu sentiasa di peringatkan oleh orang lain.
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)