I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 7, 2011

lelaki mana boleh malu, betul ke??

assalamualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

permula kata, permula bicara semoga penulisan saya pada kali ini di dalam barakahNya sekali gus menjadi peringatan kepada diri saya dan anda sekalian InsyaAllah.. aminn.
ayat yang selalu kita dengar apabila lelaki di kaitkan dengan perasaan malu:

1) "lelaki mana boleh malu malu..!"

2)"lelaki kena berani dan tidak boleh malu malu..!"

begitulah stereotype dan norma masyarakat kita sedari dulu lagi apabila lelaki di kaitkan dengan sifat malu. kebiasaannya sifat malu seringkali di kaitkan dengan wanita dan jarang sekali dengan lelaki. sifat malu bagi lelaki di katakan sebagai satu sifat yang lemah dan tidak harus ada di dalam diri seorang lelaki

betulkah macam itu??
*salah tu..

sepatutnya sifat malu juga harus wujud di dalam golongan lelaki. kerana ianya merupakan salah satu ciri penting dalam pembentukan insan yang mapan dan soleh. tanpa sifat malu, kita pasti akan rosak. buktinya kita dapat lihat tanpa sifat malu banyak kerosakkan yang belaku. 

Dalam dunia moden yang serba canggih kini, kebanyakkan manusia telah hilang sifat malu. mereka tidak malu untuk menipu,terlibat dengan perjudian dan lain-lain lagi .isteri sudah tidak malu untuk melawan cakap suami. si suami pula sudah tidak malu untuk berlaku curang dan mengkhianati rumah tangga.

*subhanAllah terlalu banyak kerosakan yang berlaku tanpa sifat malu.

mahukah kita kembali ke zaman jahiliah dimana iman diketepikan dan hawa nafsu bermaharajalela.
saya pasti ramai yang menggelengkan kepala tidak bersetuju sekiranya nafsu menjadi pemerintah kita.
percayalah jika kita membiarkan sifat malu hilang dalam diri setiap manusia tidak kira lelaki mahupun wanita, nescaya akan porak peranda dunia.

jadi sudah terbukti bahawa sifat malu itu satu keperluan dan elemen yang penting di dalam pembentukan rohani dan jiwa (akhlak) yang mantap.


Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Mereka cuba menyembunyikan (keburukan) daripada manusia, tetapi mereka tidak mampu (berselindung) daripada (pengetahuan) Allah, padahal Allah sentiasa bersama mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak redhai. Dan sesungguhnya (ilmu) Allah meliputi segalanya terhadap apa yang mereka lakukan" (Surah al-Nisa': 108).

dan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sifat malu merupakan salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam sebuah hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Asal iman ialah telanjang (tiada pakaian). Pakaiannya ialah takwa dan perhiasannya ialah malu."

berdasarkan ayat fi hadis di atas, sudah cukup jelas menggambarkan bertapa pentingnya sifat malu di dalam diri setiap muslim ataupun muslimah.

sifat malu sebenarnya bermula dari mata.

*dari mata?? betul ke?
betul, kalu tidak percaya biar saya akan jelaskan dan buktikan
mari kita ambil contoh, apabila mata kita terlihat maksiat dan kemungkaran mata akan menghantar isyarat kepada hati untuk tidak melihat kemaksiatan yang berlaku. setuju??
hal ini kerana sebaik sahaja mata melihat maksiat tersebut mata terus menjadi malu dan mengalihkan pandangan.  jadi terbukti sudah malu itu bermula dari mata sebelum datang ke hati.

ada ke lelaki yang pemalu?
*ada, bukankah Rasulullah SAW itu  sendiri merupakan seorang lelaki yang bersifat pemalu?

daripada Abu Said al-Khudri katanya: Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya daripada wajah Baginda. (Riwayat Muslim)

jadi tidak ada alasan lagi bukan. lelaki mahupun wanita harus memiliki sifat malu.

sekian, tutup cerita (^_^)

peringatan kepada pembaca dan diri saya juga:
  • sifat malu itu terbahagi kepada 2 iaitu malu yang positif dan malu yang negatif
  • malu yang positif ialah malu untuk melakukan maksiat dan kemungkaran
  • manakala malu yang negatif ialah malu untuk melakukan kebaikan
sebagai manusia yang di kurniakan akal untuk berfikir dan bertindak, kita mesti bijak memilih. ingat malu yang positif sahaja, bukan yang negatif.

mudah sahaja bukan? :)

nota: sifat malu itu haruslah bertempat dan sesuai mengikut keadaan. jangan tidak bertempat pula kerana kelak akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri. yang paling penting jangan pernah merasa malu dan rendah diri sekiranya ingin menegur kesalahan seseorang kerana kita hanya manusia biasa yang perlu sentiasa di peringatkan oleh orang lain.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Wednesday, August 3, 2011

awas, penyakit ini penyakit berbahaya!!

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

tinta saya mulakan dengan memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana telah memberikan kita sekali lagi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah..

*baik mari kita mulakan penceritaan entri

melihatkan pada tajuk entri pada kali ini, sudah pasti anda semua membayangkan penyakit penyakit yang berbahaya seperti H1N1,TIBI, SARS, HIV dan bermacam lagi jenis penyakit yang berbahaya.

namun bukanlah menjadi focus saya menceritakan tentang penyakit berbahaya diatas, tetapi saya ingin menceritakan kepada anda semua tentang satu panyakit yang telah menjangkiti manusia sedari zaman nabi Adam AS sehinggalah kepada kita umat nabi Muhammad SAW.

*persoalannya penyakit apakah itu?

jawapannya ialah penyakit HATI

ya, inilah penyakit yang menjadi barah di dalam tubuh manusia jutaan tahun lampau tanpa kita sedari.

ada satu pepatah arab yang berbunyi "Likulli dzi ni'matin mahsudun"
di dalam pepatah ini jelas menerangkan bahawa. apabila seseorang di beri nikmat dan kelebihan pasti ada sahaja yang akan iri hati dan dengki dengan kejayaannya dan apabila seseorang mengalami musibah dan kesusahan sahabatnya akan mentertawakannya.

sesungguhnya itulah penyakit hati!
penyakit hati merupakan penyakit yang sangat berbahaya sehinggakan Rasulullah SAW telah menegaskan di dalam sabdanya:
penyakit ini dapat menghapuskan amal baik kita laksana api yang membakar kayu bakar.
(HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)

*nauzubillah minzalik, mintak di jauhkan dari semua ini.

sepatutnya hati manusia seharusnya di tempa dan di bentuk dengan cara yang betul dan sebenar bagi mengatasi penyakit hati ini. antara unsur terpenting yang perlu ada di dalam pembentukan hati ialah iman yang di sesuaikan mengikut ajaran islam yang sebenar. hati yang berunsurkan keimanan dan cara islam yang sebenar mampu menjadi benteng kepada penyakit hati dan kejahatan.

*setuju??

baik seterusnya saya yakin, semua orang di dunia ini mahu menjadi orang yang berjaya dan mengapai semua benda yang di hajati. namun realiti sebenar bukan semua yang kita mahukan menjadi kenyataan. kerana itulah realiti hidup yang kita harus akui. sebaliknya jika kita gagal menerima semua ini dan gagal juga bersyukur dengan apa yang kita miliki sudah pasti penyakit hati akan wujud di dalam diri kita.

realiti yang kita dapat lihat kebelakangan ini ialah kebanyakan orang jauh dari agama Allah dan ada yang cuba mengasingkan cara hidup mereka dengan islam. impaknya berlakulah kerosakan, iri hati, sombong, bongkak dan bermacam lagi penyakit hati yang mampu merosakkan manusia.

kenapa kita harus mengasingkan agama dan cara hidup kita, bukankah islam itu sendiri merupakan cara hidup yang sempurna?? 

*sama samalah kita fikirkan

hati diibaratkan sebagai raja kerana fungsinya yang menjadi pembimbing, pengawal dan mengawal pemiliknya untuk melakukan sesuatu. sekiranya hati itu baik, maka baiklah jasadnya dan sekiranya buruk hatinya maka buruklah jasadnya juga.

kesimpulannya, ada banyak penyakit fizikal di dalam dunia ini yang kebanyakkanya mampu disembukan melalui ilmu perubatan dan kedoktoran. namun sekiranya ianya melibatkan penyakit hati tiada suatu pun ubat yang mampu menyembuhkannya melainkan kita perbanyakkan berzikir dengam mengingati Allah SWT selain beramal ibadah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah di mika bumi ini.


dan ingatlah sabda Rasulullah SAW:
“ketahuilah bahwasanya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Kalau segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuh itu, kalau segumpal daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuh itu”,

sekian tutup cerita, (^_^)

nota: kata Ibnu Abbas RA :
“Kebaikan menyebabkan sinaran putih diwajah, cahaya di dalam hati, keluasan dan kelapangan didalam rezeki, kekuatan pada badan dan kecintaan didalam hati orang lain. Sementara kejahatan dan kederhakaan menyebabkan kehitaman pada wajah, kegelapan didalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan pada rezeki dan kebencian didalam hati orang lain.”
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Thursday, July 28, 2011

malaysia vs singapura

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



tarikh: 28 julai 2011
masa: 8.45 malam ini
lokasi: Stadium Bukit Jalil
siaran lansung: RTM1 dan Astro Arena


sempena perlawanan bola sepak pada malam ini saya ingin mendoakan agar Pasukan Malaysia akan berjaya mencapai matlamat untuk melayakkan diri ke piala dunia 2014 ini. Pada perlawanan pertama di Singapura,Malaysia tewas dengan jaringan 5 gol berbalas 3,Jesteru itu Malaysia perlukan kemenangan malam ini sekurang-kurangnya dengan jaringan 2 gol tanpa bolos untuk mencipta sejarah dalam bola sepak negara.
insyaAllah kalau ada rezeki kita akan berjaya. aminn.. malaysia boleh.. :)

nota: walau apa pun keputusan pada malam ini, saya tetap berbangga. sekurang kurangnya pasukan Malaysia mencuba dan berjuang sebaik mungkin. insyaAllah kalau memang rezeki kita, kita akan berjaya. kepada Pasukan Singapura selamat berjaya juga. 


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

tips dan petua cantik selamanya

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saya mulakan entri pada kali ini dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT agar saya dan pembaca sekalian di dalam rahmatNya.. aminn

 sabda Rasullullah SAW: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) 

setiap orang di kurniakan rupa, warna kulit, bentuk badan dan perwatakan yang berbeza beza. hikmahnya, supaya mudah untuk dibezakan. cuba bayangkan jika semuaorang memiliki rupa yang sama, pasti sukar untuk kita bezakan. SubhanAllah cukup bijak Allah mengaturnya.

SETUJU??

ada yang yang di jadikan cantik ada juga yang kurang cantik.

saya pasti ramai yang ingin menjadi cantik kerana kecantikan dan manusia memang tidak dapat di pisahkan.
kecintaan manusia terhadap keindahan merupakan fitrah manusia yang sudah ada dalam diri kita sejak kita di lahirkan. Manusia selalu mengagumi kecantikan dan lebih cenderung kepadanya. ianya seolah olah telah menjadi sebahagian watak di dalam diri manusia. manusia akan jatuh cinta kepadanya kecantikan dan akan merindukannya apabila kecantikan itu menghilang,lenyap dan tiada.

antara objektif kecantikan yang selalu kita dengar ialah yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi kurus, dan begitulah sebaliknya. pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup walaupun hakikatnya manusia itu tiada yang sempurna.

*"salahkah kalau kita mahu cantik??"

tidak salah, memang tidak salah. namun yang menjadi masalah apabila kecantikan itu menjadi murka Allah. kita tidak boleh menjadi terlalu obses dengan kecantikan kerana kebiasaanya apabila itu terjadi manusia akan hilang pertimbangan lantas menjadi manusia yang tidak bersyukur dan cuba mengubah ciptaan Allah mengikut kesempurnaan di mata kacanya. itu yang salahnya.

Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud,"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)."(Surah Al-A'raaf, ayat 31)

tapi macam mana pula bagi kita yang tidak cantik, adakah itu bermakna Allah tidak sayangkan kita?
*mana mungkin Allah tidak sayangkan kita, bukankah Allah itu Maha Adil :)
Sabda Nabi Muhammad SAW : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)

sudah menjadi fitrah alam, kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik. namun percayalah bukan kecantikan fizikal yang di pandang Allah SWT semata mata tetapi lebih dari itu. sebaliknya kecantikan dalaman (akhlak) itu lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.

mana yang anda pilih:

1) mempunyai wajah yang cantik tapi akhlak yang buruk

ataupun

2)mempunyai akhlak yang mulia walau rupa yang buruk.

*saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan samada yang pertama ataupun yang kedua. :)

tapi percayalah, walau kita tidak dikurniakan wajah yang cantik namun memiliki akhlak dan keperibadiaan yang baik dan mulia sudah pasti kecantikan itu akan lahir dengan sendirinya secara semula jadi. bukankah Akhlak yang baik itu juga satu bentuk kecantikan. malahan, Allah juga suka kepada mereka yang mempunyai akhlak yang elok. 

Nabi Muhammad SAW sendiri telah menunjukkan kita ketauladanan yang luar biasa dengan mengajarkan kita erti kecantikan yang sebenar (akhlak yang cantik)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

[Ahmad dalam Musnadnya [ 2/381], Hakim dalam Mustadraknya [2,613], Bukhari dalam Sahihnya Kitab Adabul Mufrad [No. 273], Baihaqi [10/192], Imam Haithami dalam Majmu3 Az-awaid [ 9/15]. Disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Silsilah As-Sahihah [No. 45]. ]

jadi sudah jelas bahawa islam lebih memandang kepada kecantikan dalaman iaitu keperibadiaan yang elok. selain itu, apa yang lebih menarik lagi, sekiranya kita mempunyai kecantikan akhlak ianya akan kekal sampai bila bila berbanding kecantikan luaran yang hanya bersifat sementara dan akan pudar di telan masa. jadi buat apa kita sibuk mengubah kecantikan fizikal sekiranya kecantikan yang sebenar bermula dari dalaman seseorang. cukuplah dengan memperbaiki akhlak kita.

ringkasnya,

sebagai penutupnya, janganlah kita menyecilkan dan menyempitkan erti serta maksud kecantikan melalui fizikal dan luaran semata mata. sebaliknya lihatlah erti kecantikan itu lebih dari itu. bersyukurlah dengan segala kecantikan yang telah di berikan dengan menjalankan amanah yang telah diberikan Allah sebaiknya.  

boleh? :)

petua nak cantik sampai selamanya:
  • Beristiqamah dalam beramal dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah SAW.
  • Bersahabat dengan sahabat yang berakhlak mulia.
  • Memerhatikan akibat yang buruk dari akhlak yang tercela.
  • Mengambil contoh dari akhlak Nabi Muhammad SAW
sekian, selamat mencuba.. :)

nota: semperna Ramadhan yang bakal menjelang ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada anda semua. semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini tidak akan kita sia siakan dan akan kita manfaatkan sebaik mungkin.
selain itu saya nak menjemput kawan kawan supaya membaca entri entri menarik di blog kawan saya ni  (klik sini)  selamat membaca. (^_6)

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Saturday, July 23, 2011

hadap yang pertama sebelum yang kedua

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

semoga tinta yang saya coretkan mendapat barakah dari Allah SWT sekaligus menjadi peringatan kepada diri saya sendiri dan anda sekalian. InsyaAllah.

sedari kecil kita telah di ajarkan yang pertama di dahulukan baru diikuti yang seterusnya. contohnya macam kiraan 1,2,3 dan A,B,C. kita baca dan tuturkan dari nombor dan huruf yang pertama bukan yang kedua. setuju??


persoalan???

apa kaitannya dengan entry pada kali ini??

*ada kaitannya, ada sabar dulu.. :)

baik, satu soalan untuk kalian:
Ramadhan dan Syawal, mana datang dulu?

*sudah pastilah Ramadhankan :)

bagus, itulah yang saya ingin ceritakan pada hari ini, bulan Ramadhan.

hati saya terjentik untuk membuat entri mengenai perkara ini selepas melihat senario masyarakat kita yang lebih tidak sabar menyambut bulan Syawal berbanding Ramadhan.

buktinya:
sebelum Syawal lagi persediaan telah di lakukan, sibuk menempah baju baru, langsir baru dan serba serbilah baru sebagai persediaan sebelum menjelang Syawal. hebat bukan?

bagaimana pula dengan persediaan Ramadhan??

*saya serahkan kepada kalian untuk memberikan jawapan dan fikirkan.

kenapa kita sibuk mengejar yang kedua sebelum yang pertama. ya, tidak salah untuk kita melakukan persediaan awal. tapi, bukankah lebih elok kalau kita melakukan persediaan kedua duanya sekali. kan manis begitu.

mungkin ada di antara kita tidak tahu tentang besarnya fadhilat ataupun kelebihan Ramadhan ini.

sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
(Hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al‐Nasa`ie daripada Abi Hurairah.)

selain itu Rasulullah s.a.w bersabda :

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Iman – no: 38)

jadi, jelas sudah bukan? bertapa besarnya keberkatan yang ada di bulan Ramadhan. jadi buat apa kita sibuk mengejar bulan Syawal sedangkan Ramadhan yang bakal menjelang kita lupakan.
sepatutnya kehadiran Ramadhan itu di nanti dan pengisiannya dicari. itu yang sebaiknya.

selain itu Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan diri seseorang ke arah yang lebih baik.satu fakta yang lebih menarik, pakar psikologi menyatakan bahawa:  jika manusia ingin mengubah sikapnya, hendaklah dia berterusan membiasakan dirinya dengan sikap yang baru selama 21 hari, inilah Ramadhan yang datang untuk membiasakan kita dengan sikap positif selama 30 hari. jadi mari kita mengambil kesempatan ini untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
boleh??
jadi konklusinya, hadaplah yang pertama sebelum yang kedua. bersyukurlah kita kerana kita dapat berjumpa dengan ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Insya Allah
jangan sibuk fikir raya sahaja.. mari kita mengambil kesempatan ini gandakan amalan tambah saham di akhirat. 


tutup cerita
kepada pembaca dan diri saya:

  • pertama, gantikan puasa yang tidak cukup pada ramadhan yang lalu jika ada
  • kedua, tambahkan ilmu dengan mengulangkaji menganai puasa macam rukun puasa dan sebagainya. 
  • ketiga, jaga kesihatan rohani dan jasmani diri supaya senang hendak beribadat nanti.
  • akhir sekali buat persediaan kewangan untuk bersedekah. :)
nota: semoga ramadhan yang bakal menjelang ini tidak akan kita sia siakan dan menjadi titik tolak permulaan kepada diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang. :)


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Thursday, July 21, 2011

hitam putih duniaku

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


tinta saya mulakan dengan selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SWT sebagai tanda syukur kerana dakwah baginda, kita sekarang hidup sebagai seorang islam sekarang.

mari kita berimaginasi seketika...

..................................................................................................

hitam dan putih..
bayangkan jadi dunia kita

padamkan kehijauan alam

hilangkan sinar rembulan

seri pelangi yang bewarna warni
pun lenyapkan

yang ada hanyalah warna
HITAM dan PUTIH

apa terjadi pada dunia kita??

*hilanglah serinya, setuju??

baik, selesai sesi membayangkan

..................................................................................................

kembali ke alam nyata

balik kepada focus entri kita.

hitam putih..

begitulah hidup kita kalau kita bersendirian
tak berteman, tak bersaudara, tak berkawan.

kelam sunyi.. hitam putih je hidup kita..

bosan bukan?
sebab itulah kita perlukan teman..

kawan, teman atau apa sahaja gelaran merekalah merupakan orang yang akan mewarnai hidup kita. menjadikan hidup kita ceria, indah dan lari dari rutin yang sama pada setiap hari. kehadiran mereka mereka inilah yang menjadikan hidup kita pernuh warna warni.

macam kertas lukisan:

permulaanya kosong

akhirnya:

menjadi sebuah lukisan yang indah selepas diwarnakan

indah bukan?
sebab itu kita diciptakan berbeza beza rupa, bentuk mahupun watak agar kita dapat mewarnai dunia ini. saling bantu membantu dan melengkapi segala kekurangan antara satu sama lain.
contoh terbaik kita lihat Nabi Muhammad sendiri. mungkin masih ada di antara kita yang masih tidak sedar bahawa satu satunya manusia yang sangat menjaga dan mencintai sahabatnya adalah Nabi Muhammad SAW. kita dapat lihat dalam lembaran sejarah bagaimana cintanya Rasullullah kepada sahabat dan begitu juga sebaliknya.

tapi kita??
mcm mana layanan kita kepada sahabat kita?

*jawapan itu saya serahkan kepada kalian untuk menjawabnya.

hakikat yang kita dapat lihat sekarang:
ramai yang bersahabat kerana mempunyai agenda tertentu bukan kerana Allah
sebab itulah banyak sangat terjadi kes kawan makan kawan dan tikam belakang

*nauzubillah min zalik mintak dijauhkan.

yang menjadi persoalan di sini kenapa kita sebagai umat Nabi Muhammad tidak mencontohi baginda. bukankah baginda telah memberikan ketauladanan yang luar biasa tentang bagaimana menjaga sahabat. baginda tidak pernah mengajar kita persahabatan yang pada akhirnya bertukar menjadi permusuhan. yang ada hanyalah mencintai sahabat sehingga ke akhirnya. sampai-sampai kecintaan Rasulullah kepada sahabatnya digambarkan hingga di surga kelak, tidak ada tangisan para sahabat selain tangisan kecintaan mereka kepada Rasulullah saw.


melalaui persahabatan kita akan belajar banyak benda dan perkara. persahabatan mampu membuat kita bahagia dan mampu juga buat kita menitiskan air mata. kita bahagia melihat kawan kita berjaya dan sedih apabila melihat kawan kita di timpa bencana.


ikatan persahabatan bukan sekadar hubungan biasa, malah melebihi dari hubungan darah. persahabatan merupakan tempat dimana kita saling mengisi antara satu sama lain, tempat dimana kita berkongsi segala kegembiraan dan menumpahkan segala kelu kesah kita.
persahabatan yang sebenar bukan bermakna kita harus berlumba menjadi yang terbaik dari sahabat kita. tetapi lebih dari itu.
"Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend." 
 Albert Camus

persahabatan dan ukhwah sejati dapat di bina sekiranya kita saling mengisi kekurangan yang dimiliki oleh para sahabat kita sekaligus menerima kekurangan mereka sebagaimana kita menerima kebaikan mereka dan begitu jugalah sebaiknya
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.
(Shahih Muslim)

jadi, kesimpulannya, kita seharusnya memerlihara dan menjaga persahabatan serta ukhwah sesama kita agar sunnah yang telah Rasullullah ajarkan dan tinggalkan ini menjadi amalan kita sehari harian. ingatlah persahabatan dan talian ukhwah yang kita bina kerana Allah insya Allah mendapat berkat dan redha dariNya. aminnn..
Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata: Nabi saw. bersabda: Salah satu di antara kalian tidak beriman sebelum ia mencintai saudaranya (atau beliau bersabda: tetangganya) seperti mencintai diri sendiri. 
[HR Muslim]

nota: terima kasih kepada semua kawan kawan yang telah menceriakan hidup dan dunia saya yang hitam putih ini. tanpa kalian pasti suram dunia ini. hargailah kawan selagi mereka ada di sisi dan banyakkan berdoa agar ukhwah yang di bina berpanjangan sampai bila bila amin...

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Tuesday, July 19, 2011

kekurangan itu suatu kehebatan!

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7). 

saya mulakan entry pada kali ini dengan memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana masih di berikan kita semua kesempatan untuk masih menikmati segala nikmat kurniaanNya. terima kasih untuk semuanya.

kebiasaannya, bila kita di kurniakan..

nikmat
rezeki
kegembiraan

mahupun 

kelebihan

apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!
 ya, itulah yang seharusnya..

tapi...

bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur??

tepuk dada, tanya iman

saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian

tahu tak,

beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan”. (QS Al Baqarah : 177).

saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:

"after every storm there is a rainbow"

jadi, walau apa pun ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan..

biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.

fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

ingatlah,
tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya. 
ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa. 

dan ingatlah,
setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?? 
renung renungkan..

jadi,
jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

„Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.“ [Al Anfaal:46]

sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.. ok??
boleh..??
senang sahajakan? :)

sekian tutup cerita

nota:bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...