I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 8, 2011

layakkah aku bertaubat?

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


bayangkan..

dalam suatu keadaan yang kelam masih wujudkah cahaya?

dalam kejahilan

masih adakah panduan jalan?

dan

dalam kesesatan masih wujudkah harapan?



mungkin ramai di antara kita yang pernah mengalami keadaan sebegini, kerana memang sebagai manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. ini kerana lemah memang sifat kita sebagai ciptaanNya. sebab itu kita melakukan kesilapan melalui pilihan mahupun jalan yang ditempuh. sudah terbukti tiada seorang pun manusia sehingga tiada suatu pun kekurangannya.

begitulah juga kita

ada antara kita, walaupun kenal hukum agama masih melakukan dosa

ada pula, walaupun bijak mengira dan membaca tetapi masih melakukan kesilapan

ada pula petah berbicara namun kadang kala tetap melakukan kesilapan dalam berbicara

dan ada pula cukup pakai minumnya namun tidak bersyukur dengan kurniaanNya

itulah hakikat lumrah manusia kerana manusia memang tiada yang sempurna sifatnya dan tidak lari dari melakukan dosa. menjadi lumrah hidup pada masa sekarang dek kerana dosa dan kesilapan yang dilakukan seseorang pada masa yang lampau kita terus melupakan segala kebaikan yang pernah dia lakukan. janganlah kerana dosa yang dilakukan oleh seseorang kita melabelkan seseorang sebagai jahat dan tiada peluang untuk bertaubat. janganlah kita memandang hina seseorang itu kerana dosa yang telah dilakukan itu kerana siapalah kita untuk menghukum dan menilai seseorang kerana kita juga manusia yang lemah.

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An Nisa’: 28)

dan ingatlah, kalau kita mahu menghitung bebanan dosa sudah pasti tidak terhitung dan hikmahnya Allah telan memberikan jalan TAUBAT sebagai cara memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri, sebab itu
Allah sentiasa membuka pintu dan jalan taubat untuk semua hambaNya. 
kawan kawan ingatlah,
walau sebesar mana pun dosa yang telah kita lakukan. jangan pernah rasa malu untuk berubah dan bertaubat. biarlah apa orang hendak kata, yang penting niat kita kerana Allah SWT. kerana peluang untuk kita masih ada dan terbuka luas.
persoalannya:
"layakkah aku bertaubat dan tidak terlambat ke lagi?"
jawapannya:
ya, kita masih boleh bertaubat kerana:

Allah berfirman (maksudnya):
“Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang melakukan dosa yang hingga apabila datang ajal kepada salah seorang di antara mereka, ia mengatakan: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang.” (An Nisa’ : 18)
Rasulullah bersabda:
إِنَّ اللهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawa belum sampai kerongkongan.” (HR. At Tirmidzi no. 3537, dari sahabat Ibnu umar )
ini ada suatu kisah di dalam hadis nabi tentang kisah taubat seorang insan yang telah melakukan dosa dengan membunuh seratus manusia: 
“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa. maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh.
lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,
ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” 
(hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)
moral of the story: bertaubatlah selagi ada peluang walau sebesar manapun dosa yang telah dilakukan kerana Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

kepada kawan kawan dan diri saya juga:
  • bersyukurlah kerana kita masih diberi peluang untuk bertaubat
  • bersyukurlah kerana Allah bersifat Maha Pengampun
  • dan bergembiralah kerana setiap kali kita melakukan taubat dosa kita akan terhapus (dengan izin Allah SWT, insyaAllah)
nota: sentiasalah bermuhasabah diri menginsafi kelemahan diri kita selain memanjatkan doa kepada Allah SWT memohon perlindungan. dan jangan lah kita memandang hina kepada mereka yang pernah melakukan dosa sebaliknya sokong dan bimbinglah mereka kerana meraka juga manusia seperti kita. :)
"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Tuesday, June 28, 2011

pesanan cinta teragung

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

perkongsian yang saya ingin lakukan pada kali ini bukanlah untuk menceritakan pengalaman cinta sesiapa jauh sekali cerita cinta saya.
tetapi pada entry kali ini saya ingin kongsikan satu warkah mahupun amanat dari kekasih kita semua. amanah cinta yang mungkin ada diantara kita yang sedar mengenainya dan ada pula yang mungkin belum sedar kewujudannya. pesanan dan amanah cinta teragung..  

tiada tuhan yang disembah selain Allah

"ingatlah
cintakan bunga bungakan layu
cinta manusia cintakan pergi
cintakan Rasul cinta sejati
cintakan Allah kekal abadi...." 


kalian..
sedar tak, sebenarnya ada pesanan cinta yang telah di tinggalkan kepada kita oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ianya menjadi bukti kecintaan Baginda Nabi Muhammad SAW kepada kita ialah melalui satu khutbah (ucapan pesanan)

pesanan dan wasiat yang penuh dengan cinta

pesanan yang cukup menyentuh hati

penuh dengan nasihat dan kasih sayang

serta
bukti kasihnya Baginda kepada umatnya.

inilah amanat cinta dari Rasullullah SAW kepada kita umatnya :

Wahai manusia, 
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, 
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, 
dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia,
tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s: wasiat ini telah di sampaikan pada 9hb zulhijjah tahun 10 hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

nota: sejauh manakah amanah amanah itu telah kita lakukan dan laksanakan. kita sibuk mengejar tuntutan dunia sampai kadang kala kita lupa tentang semua ini. termasuklah diri saya sendiri yang kadangkala leka dengan godaan dunia sehingga terlupa akan tuntutan itu. marilah kita bersama menadah tangan moga Allah sentiasa menetapkan iman kita dan mengampunkan segala dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. tidak lupa selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. terlalu mulia pengorbananmu Ya Rasullullah.


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

Saturday, June 25, 2011

rencah dunia

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

kalian,
pernahkah kalian berasa berputus asa?

pada kehidupan, pada impian, pada pengharapan, pada perjalanan hidup kita dan sebagainya?
sejujurnya saya sendiri pernah mengalami semua ini.

saya rasa sedih...

saya keseorangan...

dunia rasa gelap..

seolah tiada harapan lagi untuk bangkit

persoalannya,
apakah tindakan dan perkara yang akan kita lakukan bila kita hilang harapan?

kita mampu memilih

samada untuk terus bersedih, lari dari hakikat, meninggalkan semuanya di belakang. mahupun lari dari masalah, dan asyik bertanya:

kenapa Allah buat saya begini, why Allah, why??

ATAUPUN

kita bangkit dan melawan semula, tetap terus berusaha. berhadapan dengan ketidak sempurnaan itu dan terus melangkah ke hadapan walaupun hati kita pedih dan mata kita menangis kesakitan.

dan disitu sebenarnya Allah telah menyediakan jawapan untuk setiap persoalan dan rungutan kita.
subhanAllah..
antaranya:

persoalan 1:
kita bertanya "kenapalah aku di uji, kenapa bukan orang lain?"
Allah menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

persoalan 2:
kita bertanya "kenapalah, benda yang aku nak mesti tak dapat?"
Allah menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
[Surah Al-Baqarah ayat 216]

persoalan 3:
kita bertanya "kenapalah ujian ini berat sangat?"
dan Allah menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Surah Al-Baqarah ayat 286]

persoalan 4:
kita bertanya "kenapa aku rasa kecewe, tertekan dan lemah semangat?"
dan Allah menjawab:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." [Surah Al-Imran ayat 139]

persoalan 5:
kita betanya lagi "habis itu macam mana aku nak menghadapi semua kekecewaan ini?"
dan Allah menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
[Surah Al-Baqarah ayat 45]

persoalan 6:
kita bertanya pula "apa yang aku dapat daripada semua ini?"
Allah menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka. [Surah At-Taubah ayat 111]

persoalan 7:
kita bertanya lagi " so, pada siapa aku harus berharap?"
Allah menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
[Surah At-Taubah ayat 129]


MasyaAllah, siapa sangka Allah sudah pun menjawab segala bentuk persoalan kita. 

jangan penah mengalah, kerahkan segala keringat dan tetap berusaha. 

formulanya mudah:
 ~always remember effort+doa+tawakal~

jangan mengalah, fighting!
Allah sentiasa dan tetap bersama kita..

nota: kehidupan yang di berikan pada kita di dunia ini adalah untuk menghadapi ujiaan dan cabaran. orakkanlah langkah kehadapan walaupun jalan yang bakal di tempuh sukar dan penuh cabaran. kerana di situ Allah mahu kita bergantung pada Dia. 
walaupun realiti selalu sukar. namun selepas kesukaran itu pasti kita akan menemui kemanisannya. kemanisan hidup bertuhan.


"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...