I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 28, 2011

tips dan petua cantik selamanya

assalammualakum wbt.. ()_()
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

saya mulakan entri pada kali ini dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT agar saya dan pembaca sekalian di dalam rahmatNya.. aminn

 sabda Rasullullah SAW: "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) 

setiap orang di kurniakan rupa, warna kulit, bentuk badan dan perwatakan yang berbeza beza. hikmahnya, supaya mudah untuk dibezakan. cuba bayangkan jika semuaorang memiliki rupa yang sama, pasti sukar untuk kita bezakan. SubhanAllah cukup bijak Allah mengaturnya.

SETUJU??

ada yang yang di jadikan cantik ada juga yang kurang cantik.

saya pasti ramai yang ingin menjadi cantik kerana kecantikan dan manusia memang tidak dapat di pisahkan.
kecintaan manusia terhadap keindahan merupakan fitrah manusia yang sudah ada dalam diri kita sejak kita di lahirkan. Manusia selalu mengagumi kecantikan dan lebih cenderung kepadanya. ianya seolah olah telah menjadi sebahagian watak di dalam diri manusia. manusia akan jatuh cinta kepadanya kecantikan dan akan merindukannya apabila kecantikan itu menghilang,lenyap dan tiada.

antara objektif kecantikan yang selalu kita dengar ialah yang gelap ingin menjadi cerah, yang gemuk ingin menjadi kurus, dan begitulah sebaliknya. pendek kata, kecantikan adalah misi dalam mengejar visi kesempurnaan hidup walaupun hakikatnya manusia itu tiada yang sempurna.

*"salahkah kalau kita mahu cantik??"

tidak salah, memang tidak salah. namun yang menjadi masalah apabila kecantikan itu menjadi murka Allah. kita tidak boleh menjadi terlalu obses dengan kecantikan kerana kebiasaanya apabila itu terjadi manusia akan hilang pertimbangan lantas menjadi manusia yang tidak bersyukur dan cuba mengubah ciptaan Allah mengikut kesempurnaan di mata kacanya. itu yang salahnya.

Allah sukakan kecantikan dan seterusnya menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firmannya yang bermaksud,"Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)."(Surah Al-A'raaf, ayat 31)

tapi macam mana pula bagi kita yang tidak cantik, adakah itu bermakna Allah tidak sayangkan kita?
*mana mungkin Allah tidak sayangkan kita, bukankah Allah itu Maha Adil :)
Sabda Nabi Muhammad SAW : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu"(HR Muslim)

sudah menjadi fitrah alam, kecantikan adalah tumpuan manusia.Tidak ada manusia yang tidak mahu berwajah cantik. namun percayalah bukan kecantikan fizikal yang di pandang Allah SWT semata mata tetapi lebih dari itu. sebaliknya kecantikan dalaman (akhlak) itu lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.

mana yang anda pilih:

1) mempunyai wajah yang cantik tapi akhlak yang buruk

ataupun

2)mempunyai akhlak yang mulia walau rupa yang buruk.

*saya serahkan kepada anda untuk membuat pilihan samada yang pertama ataupun yang kedua. :)

tapi percayalah, walau kita tidak dikurniakan wajah yang cantik namun memiliki akhlak dan keperibadiaan yang baik dan mulia sudah pasti kecantikan itu akan lahir dengan sendirinya secara semula jadi. bukankah Akhlak yang baik itu juga satu bentuk kecantikan. malahan, Allah juga suka kepada mereka yang mempunyai akhlak yang elok. 

Nabi Muhammad SAW sendiri telah menunjukkan kita ketauladanan yang luar biasa dengan mengajarkan kita erti kecantikan yang sebenar (akhlak yang cantik)

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.

[Ahmad dalam Musnadnya [ 2/381], Hakim dalam Mustadraknya [2,613], Bukhari dalam Sahihnya Kitab Adabul Mufrad [No. 273], Baihaqi [10/192], Imam Haithami dalam Majmu3 Az-awaid [ 9/15]. Disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Silsilah As-Sahihah [No. 45]. ]

jadi sudah jelas bahawa islam lebih memandang kepada kecantikan dalaman iaitu keperibadiaan yang elok. selain itu, apa yang lebih menarik lagi, sekiranya kita mempunyai kecantikan akhlak ianya akan kekal sampai bila bila berbanding kecantikan luaran yang hanya bersifat sementara dan akan pudar di telan masa. jadi buat apa kita sibuk mengubah kecantikan fizikal sekiranya kecantikan yang sebenar bermula dari dalaman seseorang. cukuplah dengan memperbaiki akhlak kita.

ringkasnya,

sebagai penutupnya, janganlah kita menyecilkan dan menyempitkan erti serta maksud kecantikan melalui fizikal dan luaran semata mata. sebaliknya lihatlah erti kecantikan itu lebih dari itu. bersyukurlah dengan segala kecantikan yang telah di berikan dengan menjalankan amanah yang telah diberikan Allah sebaiknya.  

boleh? :)

petua nak cantik sampai selamanya:
  • Beristiqamah dalam beramal dan mempraktikkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah SAW.
  • Bersahabat dengan sahabat yang berakhlak mulia.
  • Memerhatikan akibat yang buruk dari akhlak yang tercela.
  • Mengambil contoh dari akhlak Nabi Muhammad SAW
sekian, selamat mencuba.. :)

nota: semperna Ramadhan yang bakal menjelang ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada anda semua. semoga Ramadhan yang bakal menjelang ini tidak akan kita sia siakan dan akan kita manfaatkan sebaik mungkin.
selain itu saya nak menjemput kawan kawan supaya membaca entri entri menarik di blog kawan saya ni  (klik sini)  selamat membaca. (^_6)

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran." (^_*)

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. betul setuju, janganlah kita jadi seperti telur busuk. luarnya cantik tapi dalamnya bangkai.. mintak di jauhkan.. aminn

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. terpanggil untuk membaca entry fitri kali ni. terima kasih untuk info :)

    ReplyDelete
  4. sama sama.. yang baik dari Allah.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...